Entry: Skoo...Skoo..Skooter! ( skoo 5 ) Monday, May 02, 2005



Alhamdulillah, akhirnya setelah mencari-cari kerja part-time, aku dapat 2 kerja dalam sehari ; balik sekolah, aku kena kerja di sebuah restoran..kemudian malamnya aku jadi pembantu di gerai burger. Pendapatan dalam sehari boleh mencapai hingga RM40. Kalau rajin dapatlah gaji lebih sikit seringgit dua. Untuk beli sebuah skuter, aku perlukan masa sehingga 9 bulan untuk kumpul duit.
Aku memulakan kerja part time aku ni dari bulan Mac. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bangganya aku dengan diri aku…cis.
Sekolah tu sekolahlah juga pada mulanya. Tapi disebabkan kerja dari petang sampai malam membuatkan diri aku sentiasa penat. Kadang-kadang aku mengeluh juga, tapi disebabkan semangatku yang tidak pernah padam ni, aku semakin bersungguh-sungguh mencari wang. Pada mulanya, aku masih boleh carry-on antara study dan kerja.. tapi lama-kelamaan, aku rasa dah boring belajar. Bagi aku, Form 4 ialah tahun honeymoon. Peperiksaan SMU dipandang lekeh oleh diriku. Apa dah terjadi pada diriku kini..? Perubahan ke arah negatif nampaknya. Apa-apa sajalah, janji hasratku tercapai.
Setiap kali aku ke sekolah, assistant monitor kelasku , Ainul Mardhiyyah mesti memandangku dengan muka yang masam mencuka.
Suatu hari aku dah tak tahan lagi dengan sikap dinginnya….
“Excuse me ! Kenapa awak buat muka masam bila tengok saya? Saya ada buat salah ke dengan diri awak? Saya menyusahkan awak ke?” Dia diam seketika. Mungkin hairan dengan soalan-soalanku agaknya. “ Memang awak salah! Awak menyusahkan saya bila awak selalu ponteng sekolah, tak siapkan kerja sekolah, tidur dalam kelas ! Dulu awak tak macam ni.. Dulu awak seorang yang berdedikasi!” Selepas jawab pertanyaanku itu, dia terus berlalu dengan keadaan marah. Mark aieh!!!! Melampo-lampo neh! :x Kenapa dengan budak tu? Mengapa pula menyusahkan dia? Kan aku yang patut susah ? Ah..lantaklah mak minah oi. Tiada masa aku nak layan semua ini.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan…akhirnya 9 bulan dah berlalu. Duitku dah cukup untuk membeli sebuah skuter. Aku tersenyum puas. 8)

*************************************************************

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments