Entry: Skoo..Skoo..Skooter ( skoo 4 ) Monday, May 02, 2005





"Ada apa dengan skuter?” Pening kepala aku malam tu memikirkan pasal benda ni. Kalau ini sahaja syaratnya, apa susah..belilah saja sebuah skuter. Tengkorak aku! Senangnya nak beli skuter. Duit dalam bank pun tak sampai RM seribu. Tiada jalan penyelesaian yang lain kecuali adakan discussion dengan abah dan mama aku.
“ Abah, penatlah pergi sekolah jalan kaki setiap hari. Lambat pula tu sampai sekolah. Kan best kalau ada skuter….” Aku tarik muka kesian. Bersinar-sinar biji mata aku.
“ Penat apanya! Kan rumah kita depan sekolah kau je. Lambat tu pasal kau lambat bangun.” Aiseh! Iya ke? Alamak! Tersalah penggunaan ayat simpati la. Kantoi aku… Tiba-tiba mama aku mencelah, “ Kalau dah kempunan nakkan skuter tu, mama dengan abah tak nak support. Pandai-pandailah kau cari duit beli sendiri.” Terlopong eden!
“ Huhuhuhuhu ! Abang kena beli sendiri ! Hahahahaha! Padan muka, padan muka !~” Dish! Dish! Dish! Malam tu adik aku makan buah luku aku 3 biji . Bengang ni..bengang!!

*************************************************************

“ Ini skuter ka? Haiyaa.. manyak mulah woo… Orang lain gua bagi RM 7850..tapi dengan lu kira mulahla sikit..
RM 8000 je..eh silap.. RM 7700 je.. amacam?” Tauke Cina kedai motor beri aku special offerlah tu konon. Aku pergi survey harga dia. Mahal dari motosikal biasa sebab katanya kenderaan import dari Taiwan. Kena bayar tunai lagi tu.
Nak surrender ke tak nak ni? :roll: Kalau nak teruskan juga, aku kena berkorbanlah sikit. Kena cari kerja. My sacrifice ! Warghh!!!! There will be no white flag above my door….

*************************************************************

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments