|
Merdu je suara Ainul beri salam. Jarang dapat dengar kalau bukan class monitor tak datang sekolah. Ish, ayu jugak si Ainul ni…. Ah pedulikanlah, Farah Nadia lagi ayu. Setia gitu beb! Surat berperfume ala-ala kad kahwin yang aku tulis khas untuk Farah Nadia, terselit kemas dalam buku tulis aku. Petang tu, ada latihan sukan bahagian banat. Lelaki tak dibenarkan masuk sekolah ! Demi buah hati apa pun sanggup.. Kalau cikgu tanya ada hal apa datang school, aku cakaplah tertinggal buku. Pandailah aku tertinggal buku. Mataku meliar ke sana-sini. Target found! Farah Nadia tengah berdiri di belakang cikgu Sejarah, Cikgu Ct Nor. Cantik! Line clear ! Lantas aku…. " Assalamualaikum, terimalah surat ni dari saya, Aiman," aku menyerahkan sambil mukaku tunduk mengadap lantai meh-meh malu-malu kucing. Aku takut nak angkat muka aku..tunggu jawapan ni..nervous! " Aiman, awak suka kat saya? Nak kena marah dengan suami saya ke? Nak jadi menantu bolehlah !" Aik!Suara siapa ni??? Terkejut beruk Pak Chu Karim aku bila tengok siapa yang jawab. Cikgu Ct Nor lah! Bila pulak Farah Nadia jadi Cikgu Ct Nor? Bila pula Cikgu Ct Nor jadi Farah Nadia? So Confuse ! Rupa-rupanya Farah Nadia dah berlalu ke padang saat aku bagi surat tu. Malu aku! Malu! Jatuh kemachoan muka aku ni! Tebal macam tayar kereta kebal rasanya muka aku! Tanpa berlengah lagi, aku terus 'ghaib' dari pandangan cikgu Sejarah itu…PLING! Keesokan harinya, semua cikgu dah tahu pasal hal tu. Habis-habisan aku kena sindir dalam kelas bila cikgu masuk. Nasib baik aku tak tulis nama Farah Nadia dalam surat tu. PLAN A Failed! Padan muka aku! *********************************************************************************** ![]() ( ei...seronoknye baca citer ni.....hihihiihh ) |
| dorasakura August 31, 2005 07:29 AM PDT bestlah cerita nih...hehe | ||
| adele May 5, 2005 08:58 AM PDT macam pernah tengok jer lukisan ni... kat maner erk? yg lain2 tak berkenaan sila adamkan yer... | ||
| Leave a Comment: |