/*

My Everything ! :P
Art by myself : Rusydee




***

Semua tulisan dan lukisan di sini dihasilkan sendiri oleh Rusydee. Kalau nak copy sila bgtau ek.


***
   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Komen Pembaca



Wirdatun

Lawak jugak cerpen ni wlpn belum habis sepenuhnya...Wah..pandai jugak dee ni berkarya...uishhh... saspek betulla...



nissa

ok gak..lawak gak..tapi tak leh puji melampau sgt, sbb tak siap lagi... he-he-he..siapkan cepat ye..



syaakirin

best la...tak sabar rasanya nak tunggu sambungannya....



ibtisam

Assalamualaikum wbt...

Erm...ok...kelakar gk... kui kui kui... :wink:

Bila nie dee nk smbung
...



Kireina Shusetsu

perghhh Dee,kzu seronok baca citer nih..ayat sempoi boleh jdik macam Ahadiat Akashah nih!

kasi ending BEST skett arrr...POSITIVE!macam GTO..wokeh?

Gambatte kudasai nee.. :?




ibtisam

A'ah la dee...kak ain pn serius sronok sgt baca...siap trsengih2 lg dpn pc...hihihi... :wink: :wink: :wink:

Bila nk smbung nie...




butterfly_choc

erm best .....

cerita ni mmg best.....




Kireina Shusetsu

BEST! BEST lar Dee..bagi 10 bintang walk kt citer nih!

jap kzu bagi pantun yek..

pegi pasar malam beli kuaci

apsal pegi pasal malam..pegi arr supermarket ke

adat ler hidup ni

kalo PC nih leh cakap..mesti die kata..

nyampahnye..takde muka org lain ke haper..!



YaNa

akak tabik spring laa kat dee.......mmg baik punya ah!!! congrats byk2.... mmg ada klas cite nih.....



ibtisam

Assalamualaikum wbt...

Deeeeee....

Sronok nyer sbb si aiman tue pilih Ainul Mardhiah...

Yahoo!!!

Punya la puas ati kak ain baca citer nie...

Kui kui kui... :wink: :wink: :wink:

p/s: kak ain dh agak dh...si aiman tue mst pilih ainul mardhiah punyer laaa...aik...nama ain gk laaa :oops: ...kui kui kui...klu ending citer nie si aiman pilih nadia, confirm kak ain akan mntk dee amend balik citer nie...

Well done!!!




junaida

kui..kui...lawak betullah cerita nie....

suspen gak bila baca...

hebatlah aura ainul mardiah...sampai leh tukar ke lagu nasyid....

ada soalan nie...

polis tak tahan ker masa atas jalan tu....yelah skuter tu kan pasang lagu...hehehe




Nur

Tahniah Dee.. Karya best!! Ramai peminat tuh.. :shock: :shock:

[b]Apa kata lepas ni tukar cerita kisah "Skooter milik Dik Nur... dan Kakakku kak Nur.. Sayang skooter ke orangnya?? ....." ...hehehe..Ok tak?




cats

besh la citer tu..boleh menang arwad gitu :wink:

emm teringat zaman dulu2...

besh nye kalau diputar balik masa tu.. :roll:




al-Qadiri

aiseh sedi... ni mesti ainul mardhiah jeles punye nih... ramai gadis minat nih...

diari ke ape ni eh?




alluanna

mantap dee





safie^bear » best gillerrr karya nie. bagus tul

risha » hye...erm first time saye masuk sini....jalan punye jalan jumpe ngan blog awk...lawa....

pinklady » akum....wargh...beshnyer citer nie...tersengih sengih saya duk dpn kmputer....hermmm sayangilah orang yang menyayangi kamu...cewahhh...

Sup » nice ada bakat... but too mangaish.. try develope you own stroke... Gambate!!!

queen nurr » aiseh..beshh gak karya ko dee....actually kiter nak lagu sampai ni jek, terus terpikat kat tulisan ko tuu, the best of luck k...

jaja » hihihi..if u dont mind la...mcm besh je cite tu...

aiyn » hi, im nu here. tetiba jer termasuk website ni. cantik jugak lukisan ko ni.

aHaDa » salam tuan rumah.. wah makin biru suasana... xtau pon dh tukar konsep frm music hse to e-novel... keep it up!!

tarabas^gurl » best lah citer nie..nanti sambunglah lagi..tau..

shai » sesuai utk org yg tgh bercintun.




Misc



 

sahabat dah pernah masuk blog hinaku ini..sob..terharunye..




 





pelawat sedang online pada masa skrg..sikitnye..malunye aku..





















Blog Desc
Diya Cerpen dia besh!!
Kakzu Puisi dia maksud dalam.




Winning :



Anugerah Khas Cerpen Remaja Kategori Tanpa Genre 2003 Majalah Sekolah,



Penghargaan Karya Unik Ireans ( Karya Web ) 2004



Nothing

ireansMusic

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, March 09, 2005
Lirik KRU - Sampai ( update*)

KRU - Sampai

Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami

Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi

Di hati

Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;

Sampai
tubuh tak bernyawa
Sampai
ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir

Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..

Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku

Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta?

Lafaz ikrarku buat selamanya...

Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup..
tanpa dirimu?
Sedangkan separuhnya di jiwaku,
bersamamu...

Sampai tubuh tak bernyawa
SAMPAI ku kepangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir...

Andai dikurnia syurga..
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu kau sampai dahulu..
Ohh...
Kau sampai padaku..

Dengar, Download Lagu KRU - Sampai

KRU - SAMPAI
Akhirnya aku bagi korang download free....Cintailah seseorang itu dengan adanya dia...

 

Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki

keywords: Diari , Seorang , Lelaki , Pretty Ugly , Diari , Lelaki , Diari , Seorang Lelaki , Dairi Seorang Lelaki Mp3

Dari semalam ku tunggu
Fikir kau pulang ke pangkuanku
Ku dengarkan lagu cinta
Pilihan terbaik kita
Ku mainkan cd berulang
Lupakan segala ucapan
Perpisahan yang kau pinta..

Benar dikau ku cinta
Setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku
Sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa
Kenangan yang tercipta
Berikan aku diari tulis setiap hari

Terjaga dari tidurku
Terima panggilan dari jauh
Katakan saja kau rindu
Setahun ku hilang arah
Sampaikan tiket sehala
Malam ini kita 'kan bertemu
Tunggu di bawah lampu

Bercinta, berkasih
bagaikan Adam dan Hawa
Bergaduh, selisih
buat kita sempurna
Janganlah dipendam
luahkan perasaan
Tiada benci diri di hati
Itulah destinasi

Benar dikau ku cinta
Setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku
Sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa
Kenangan yang tercipta
Berikan aku diari tulis setiap hari

Selagi dikau ku cinta
Setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku
Sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa
Kenangan yang tercipta
Berikan aku diari tulis setiap hari

Benar dikau ku cinta
Setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku
Sambil belai rambutmu

Tak ingin aku lupa
Kenangan yang tercipta
Berikan aku diari tulis setiap hari
Berikan aku diari tulis setiap hari
Berikan aku diari tulis setiap hari

Download Pretty Ugly Diari Seorang Lelaki mp3

Diari Seorang Lelaki

 


Posted at 09:54 pm by rusydee
JumlahKomens (33)  

Monday, May 02, 2005
Skoo..Skoo...Skooter! ( skoo 1 )

Ni cerpen 1st aku buat.. utk tatapan korang..ahh..ni karya aku sendiri..bad ah...have fun!

************************************************************

Skooterku.....? Nur Kasihmu....? :?:

“Asyik-asyik cerita sedih… Tak ada ke story yang happy ending?” Aku merungut panjang tatkala selesai membaca karya-karya pelajar dalam majalah Al-Munir. Cis…macamlah aku ni dah terror sangat mengarang. “Dahlah terbit lambat majalah. Masuk dalam yuran sekolah lagi tu. Bukannya lawa pun hasilnya. Ni semua salah redaksilah ni!” Aku sengaja meninggikan suara aku depan Ketua Editor majalah rasmi sekolah, Sedi. “ Wei! Tak sayang mulut ke? Kau ingat buat benda ni macam makan kacang ke? Nak cepat buat sendiri la wei! Aku nak tengok berapa laju kau boleh buat!”
“ Alah, aku boleh buat selaju line Streamyx mengakses internetlah. 512 kilobytes persecond tu. Lagipun, kalau aku yang jadi Ketua Editor, mesti anak-anak buah aku ikut semua arahan aku punya. Kau pun tahu kenapa.”
“Ces.. mentang-mentanglah muka kau paling hensem antara semua budak lelaki Form 4! Berlagak yer.! Dah..dah malas aku nak layan kau. Pergi main jauh-jauh nuh.”
“Sorrylah, aku gurau je tadi. Takkan dah merajuk kut.” Sedi buat muka donno je kat aku. “ Mana ada aku merajuklah, kau bukannya awek aku pun.” Isk, ke situ pulak budak ni. Sedi ni kawan baik aku dari Form 1 lagi, aku dah kenal sangat perangai budak ni. Dah, malas aku nak intro pasal dia.
Aku mengalihkan pandangan aku pada seorang gadis yang cukup cun dalam kelas aku. Fuh, cair hati aku tengok dia. Muka bujur sirih, bibir merah cam pakai gincu, kulit putih melepak, kalau kena panas terus jadi kaler pink! Itulah Avril Lavigne aku, Farah Nadia Abdullah. Dia pelajar baru di sekolah aku ni. Baru sebulan dia study dalam kelas aku.
Dalam diam sebenarnya aku dah bertekad nak try tackle dia. Tak sanggup aku bila kawan-kawan aku asyik gosipkan aku dengan dia. Tapi, susahlah sikit nak mengorat. Sebab aku belajar di sekolah ugama arab. Kalau study di sekolah lain pun susah juga. Sebagai pelajar Muslim, aku kena ikut rules dan cara sebagai seorang pelajar Muslim. Walaupun aku ni punkrock sikit, but aku still tak melampaui batas pergaulan. Ada juga kesedaran dalam diri aku ni yek? Tapi, walau macam mana pun, aku dah ada plan terbaik. Tunggu masa saja.
Tengah aku syok mengelamun memikirkan strategi-strategi aku yang tak berfaedah tu, tiba-tiba, “ Students, stand up! Good morning, sir!” Ainul Mardhiyyah merangkap assistant monitor memberikan salam kepada Sir Adam. Cis! Potong stim betul la.

*************************************************************

Posted at 01:44 pm by rusydee
JumlahKomens (3)  

Skoo..Skoo..Skooter! ( Skoo 2 )

**********************************************************************************

Merdu je suara Ainul beri salam. Jarang dapat dengar kalau bukan class monitor tak datang sekolah. Ish, ayu jugak si Ainul ni…. Ah pedulikanlah, Farah Nadia lagi ayu. Setia gitu beb! Smile
Surat berperfume ala-ala kad kahwin yang aku tulis khas untuk Farah Nadia, terselit kemas dalam buku tulis aku. Petang tu, ada latihan sukan bahagian banat. Lelaki tak dibenarkan masuk sekolah ! Demi buah hati apa pun sanggup.. Kalau cikgu tanya ada hal apa datang school, aku cakaplah tertinggal buku. Pandailah aku tertinggal buku.
Mataku meliar ke sana-sini. Target found! Farah Nadia tengah berdiri di belakang cikgu Sejarah, Cikgu Ct Nor. Cantik! Line clear ! Lantas aku…. " Assalamualaikum, terimalah surat ni dari saya, Aiman," aku menyerahkan sambil mukaku tunduk mengadap lantai meh-meh malu-malu kucing. Aku takut nak angkat muka aku..tunggu jawapan ni..nervous!
" Aiman, awak suka kat saya? Nak kena marah dengan suami saya ke? Nak jadi menantu bolehlah !" Aik!Suara siapa ni??? Terkejut beruk Pak Chu Karim aku bila tengok siapa yang jawab. Cikgu Ct Nor lah! Bila pulak Farah Nadia jadi Cikgu Ct Nor? Bila pula Cikgu Ct Nor jadi Farah Nadia? So Confuse ! Rupa-rupanya Farah Nadia dah berlalu ke padang saat aku bagi surat tu. Malu aku! Malu! Jatuh kemachoan muka aku ni! Tebal macam tayar kereta kebal rasanya muka aku!
Tanpa berlengah lagi, aku terus 'ghaib' dari pandangan cikgu Sejarah itu…PLING! Keesokan harinya, semua cikgu dah tahu pasal hal tu. Habis-habisan aku kena sindir dalam kelas bila cikgu masuk. Nasib baik aku tak tulis nama Farah Nadia dalam surat tu. PLAN A Failed! Padan muka aku!

***********************************************************************************



( ei...seronoknye baca citer ni.....hihihiihh )

Posted at 01:45 pm by rusydee
JumlahKomens (2)  

Skoo..Skoo..Skooter ( skoo 3 )



***********************************************************************************
"Aku umpama merpati putih patah sayapnya di udara,” :? keluh aku perlahan. Jam tangan G-Shock Mydin’sku dah menunjukkan pukul 2.15 petang. 15 minit lagi extra class Add-Math nak start. Tiba-tiba aku melihat bayangan gadis yang tidak asing lagi bagi diriku, Farah Nadia! Chop! Control macho..control..control.. Masa tu bebudak class aku belum masuk lagi. Hanya aku dan dia saja! Dengan secara tak sengaja, tiba-tiba terpacul soalan dari mulutku, “ Farah, boleh tak saya nak tanya sesuatu?” Alamak! Macam mana ni? “ Hemm, apa yang Aiman nak tanya saya ? Bunyi macam penting je…”
Tanpa berfikir panjang lagi, aku pun meluahkan segalanya. Fuh, lega selega-leganya perasaan aku. Sekarang hanya jawapan setulus huluran persahabatan saja yang ku nantikan. :oops: Dup dap.. Dup Dap.. Kebabom! Jantung pisangku berdegup pantas beb!
“Emm.. bodohlah saya kalau tolak ‘lamaran’ awak ni. Al-maklumlah lelaki paling tampan seluruh Form 4 pula tu.. Tapi…”
“Tapi.. kenapa boleh saspen ada ‘tapi’ tu??...”
“ Saya tak kata saya tak sukakan awak, tapi saya lebih sukakan lelaki yang ada skuter ! Maaflah ye.”
Terdiam aku sejenak. Terkebil-kebil. Kalau ada sebutir bom dalam tangan aku masa tu, dah pasti aku campak bom tu atas kaki aku sendiri.
“ Skuter ??”

**********************************************************************************


Posted at 01:57 pm by rusydee
Tanak Komen ke?Klik Sini!!!  

Skoo..Skoo..Skooter ( skoo 4 )



"Ada apa dengan skuter?” Pening kepala aku malam tu memikirkan pasal benda ni. Kalau ini sahaja syaratnya, apa susah..belilah saja sebuah skuter. Tengkorak aku! Senangnya nak beli skuter. Duit dalam bank pun tak sampai RM seribu. Tiada jalan penyelesaian yang lain kecuali adakan discussion dengan abah dan mama aku.
“ Abah, penatlah pergi sekolah jalan kaki setiap hari. Lambat pula tu sampai sekolah. Kan best kalau ada skuter….” Aku tarik muka kesian. Bersinar-sinar biji mata aku.
“ Penat apanya! Kan rumah kita depan sekolah kau je. Lambat tu pasal kau lambat bangun.” Aiseh! Iya ke? Alamak! Tersalah penggunaan ayat simpati la. Kantoi aku… Tiba-tiba mama aku mencelah, “ Kalau dah kempunan nakkan skuter tu, mama dengan abah tak nak support. Pandai-pandailah kau cari duit beli sendiri.” Terlopong eden!
“ Huhuhuhuhu ! Abang kena beli sendiri ! Hahahahaha! Padan muka, padan muka !~” Dish! Dish! Dish! Malam tu adik aku makan buah luku aku 3 biji . Bengang ni..bengang!!

*************************************************************

“ Ini skuter ka? Haiyaa.. manyak mulah woo… Orang lain gua bagi RM 7850..tapi dengan lu kira mulahla sikit..
RM 8000 je..eh silap.. RM 7700 je.. amacam?” Tauke Cina kedai motor beri aku special offerlah tu konon. Aku pergi survey harga dia. Mahal dari motosikal biasa sebab katanya kenderaan import dari Taiwan. Kena bayar tunai lagi tu.
Nak surrender ke tak nak ni? :roll: Kalau nak teruskan juga, aku kena berkorbanlah sikit. Kena cari kerja. My sacrifice ! Warghh!!!! There will be no white flag above my door….

*************************************************************

Posted at 02:04 pm by rusydee
Tanak Komen ke?Klik Sini!!!  

Skoo...Skoo..Skooter! ( skoo 5 )

Alhamdulillah, akhirnya setelah mencari-cari kerja part-time, aku dapat 2 kerja dalam sehari ; balik sekolah, aku kena kerja di sebuah restoran..kemudian malamnya aku jadi pembantu di gerai burger. Pendapatan dalam sehari boleh mencapai hingga RM40. Kalau rajin dapatlah gaji lebih sikit seringgit dua. Untuk beli sebuah skuter, aku perlukan masa sehingga 9 bulan untuk kumpul duit.
Aku memulakan kerja part time aku ni dari bulan Mac. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bangganya aku dengan diri aku…cis.
Sekolah tu sekolahlah juga pada mulanya. Tapi disebabkan kerja dari petang sampai malam membuatkan diri aku sentiasa penat. Kadang-kadang aku mengeluh juga, tapi disebabkan semangatku yang tidak pernah padam ni, aku semakin bersungguh-sungguh mencari wang. Pada mulanya, aku masih boleh carry-on antara study dan kerja.. tapi lama-kelamaan, aku rasa dah boring belajar. Bagi aku, Form 4 ialah tahun honeymoon. Peperiksaan SMU dipandang lekeh oleh diriku. Apa dah terjadi pada diriku kini..? Perubahan ke arah negatif nampaknya. Apa-apa sajalah, janji hasratku tercapai.
Setiap kali aku ke sekolah, assistant monitor kelasku , Ainul Mardhiyyah mesti memandangku dengan muka yang masam mencuka.
Suatu hari aku dah tak tahan lagi dengan sikap dinginnya….
“Excuse me ! Kenapa awak buat muka masam bila tengok saya? Saya ada buat salah ke dengan diri awak? Saya menyusahkan awak ke?” Dia diam seketika. Mungkin hairan dengan soalan-soalanku agaknya. “ Memang awak salah! Awak menyusahkan saya bila awak selalu ponteng sekolah, tak siapkan kerja sekolah, tidur dalam kelas ! Dulu awak tak macam ni.. Dulu awak seorang yang berdedikasi!” Selepas jawab pertanyaanku itu, dia terus berlalu dengan keadaan marah. Mark aieh!!!! Melampo-lampo neh! :x Kenapa dengan budak tu? Mengapa pula menyusahkan dia? Kan aku yang patut susah ? Ah..lantaklah mak minah oi. Tiada masa aku nak layan semua ini.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan…akhirnya 9 bulan dah berlalu. Duitku dah cukup untuk membeli sebuah skuter. Aku tersenyum puas. 8)

*************************************************************

Posted at 02:12 pm by rusydee
Tanak Komen ke?Klik Sini!!!  

Skoo..Skoo..Skooter! ( Skoo 6 )

***** part 6 *****

Yahoo! Dah siap pasang nombor plat. Aku memandang skuterku, model Suzuki VS 125. Berkilat dalam warna biru angel metalik . Siap dengan airbrush, radio cassette AM-FM complete dengan speaker terlekap di bahagian antara kepala motor dengan tempat letak kaki, dengan seat warna putih, kemudian bahagian belakang skuter dijet tinggi pada bahagian subsorber . Memang cool habis ! Ditambah lagi dengan sticker ‘Evanescence’ di bahagian kepala dan badan motor.

Dalam hatiku, riangnya bukan kepalang. Bukan sebab aku dah ada skuter, tapi sebab kali ini gadis idaman hati takkan menolakku lagi punyalah!
Oleh sebab aku beli skuter tu masa cuti sekolah, so, aku selalu bawa skuter aku pusing-pusing satu bandar sementara menunggu sekolah buka balik. Bila aku round bandar tu, aku pasti layan radio cassette dengan lagu-lagu dari kumpulan LinkinPark, Evanescence, Nickleback,Papa Roach, Sum 41, Blink182 dan banyak lagi. Aku tahu lagu-lagu ni membingitkan telinga orang yang mendengarnya, tapi tak sah jadi mat scoot kalau tak on dia punya speaker kuat-kuat. Aku semakin lupa daratan, lautan serta apa yang ada di antara keduanya…

Dah ditakdirkan, yang terindah hanyalah sementara. Malang tak berbau. Bak kata pepatah, disangkakan panas hingga ke petang seperti ramalan cuaca dalam tv, tetapi rupa-rupanya hujan lebat disusuli ribut petir pulak di tengahari…arghh kacau kacau!! :x

************************************************************

Dalam perjalanan pulang dari pusat tuisyen, seperti biasa semestinya radio ku pasang kuat-kuat sampai memekakkan telinga aku sendiri. Sedang aku tengah syok drive skuterku, tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah belakang dengan lajunya 120 km/j! Kereta tu dah banyak kali memberi isyarat supaya skuterku ke tepi dengan membunyikan honnya, tapi bunyinya tenggelam dalam bunyi lagu yang keluar dari speaker skuterku. Apa yang lebih menakutkan, aku langsung tak tahu kereta di belakangku itu mempunyai masalah brek!!! :shock:

Aku terlambung tinggi….............

*************************************************************


Posted at 02:13 pm by rusydee
JumlahKomens (2)  

Skoo..Skoo..Skooter! ( Skoo 7 )

**** part 7 *****


Di mana aku sekarang ? Hospital ? :shock: Aku buat apa di sini ? Takkan makan angin kut !

“ Dah seminggu kau tak sedarkan diri.. Nasib baik hanya tangan kanan sahaja yang patah.. Tak patah tengkuk ! Skuter kau tu hah! Dah rosak teruk ! Nasib baik ada 1 year guarantee .. abah dah hantar ke workshop untuk dibaiki..” Abah aku memberi penerangan sambil membebel panjang..
“ Abah dan mama nak balik dulu ni. Hah, sebelum abah terlupa, ada surat dari budak perempuan kelas kau kat atas meja tu. Tak silap abah, dialah yang bersusah naik ambulans dengan kau masa kemalangan tu. Nasib baik dia ada di tempat kejadian...kalau tak innalillahi wainna ilaihirajiun...Okeylah, kau rehatlah ye Aiman, esok kami datang lagi.”

Surat ?? Dari Farah Nadia ke ? :shock: Hooray!! Bravo Bravo..

*************************************************************

Posted at 02:14 pm by rusydee
JumlahKomens (2)  

Skoo..Skoo..Skooter! ( Skoo 8 )

****** part 8 ********

Assalamualaikum Wbt..

Aiman,

Kenapa cuai sangat hah? Sekarang tengok apa dah jadi ? Hanya sebab sebuah skuter awak bukan lagi diri awak yang sebenar . Bukannya mendatangkan kebaikan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Bila saya tengok awak sanggup bersusah demi membeli sebuah skuter hanya untuk menawan hati seorang gadis, saya rasa awak dah silap besar. Itu bukan cinta namanya. Itu hanya passion!
Saya bukan nak menyibuk, tapi cinta sejati sebenarnya berpaksikan nama Tuhan dan juga keikhlasan. Jika hanya atas nama skuter, kekalkah skuter itu buat selamanya? Bertemu dan berpisah itu biarlah kerana Allah, insyaAllah, hati awak takkan gelisah lagi. Yang lebih penting sekarang, utamakan pelajaran dulu.
Bila dah jadi begini, semua orang risau akan awak. Keluarga awak, kawan-kawan awak, dan semestinya saya juga turut risau. Semoga cepat sembuh.

Yang Ikhlas,

Ainul Mardhiyyah



Ainul Mardhiyyah ?? :roll: Mengapa bukan Farah Nadia ?
Menurut nurse yang menjaga aku, orang yang selalu datang melawat aku ketika aku tidak sedarkan diri, namanya ialah Ainul Mardhiyyah Syukri, tiada pula yang bernama Farah Nadia Abdullah.

“Ainul Mardhiyyah ?”

*************************************************************

Posted at 02:16 pm by rusydee
JumlahKomen (1)  

Skoo..Skoo..Skooter!! ( Last Skoo )

******* Bahagian akhir :roll: ********



3 bulan berlalu, aku dah hampir sembuh sepenuhnya. Sedar-sedar aku dah boleh bawa skuter aku sekali lagi. Tapi, aku dah tak pasang lagu kuat-kuat. Aku dah insaf ni. Insaf wuuuuuuu~

Hari ini hari pertama aku ke sekolah. Tahun ni jugalah tahun aku ambil SPM. Aku pergi sekolah dengan skuter.
Sungguh gembira rasanya dapat pergi ke sekolah balik. Dapat jumpa kawan-kawan, dapat belajar ilmu baru… hehehe.. Hari pertama aku lalui dengan ceria…ohmy.gif

Kringgg!!~~ Loceng berbunyi menandakan waktu belajar dah tamat. Para pelajar mulai beransur pulang. TIba-tiba, Farah Nadia memanggil namaku. “ Aiman, boleh kita cakap kejap tak?” Aku dah agak dah…..

*************************************************************

“Saya setuju terima awak sebagai teman istimewa saya. Lagipun awak dah ada skuter. Tambah-tambah lagi kita ni kan secocok. Awak terhensem dan saya terlawa..” beria-ia benar Farah Nadia kali ni.

“Erk, secocok? Mana ada lah! Macam pinang tersalah belah ada lah! Lagipun, rasanya bukan awak gadis terlawa dalam kelas ni, Saya pun bukan yang terhensem. Nobody’s perfect! Kalau tak caya, kejap saya tanya kawan saya.” Aku meninggikan nada suara aku sambil mengajukan soalan kepada Sedi. “ Dee, cuba kau bagitau aku siapa pelajar perempuan terlawa dalam kelas kita please!?”

Terkejut bagak juga si Sedi bila aku tanya dia. “Er…setahu akulah, setelah ditolak, dicampur, dikuasa-dua-sempurnakan, aku rasalah kan… Yang memang natural pretty tanpa make-up… Farah Nadia memang cun….”
Farah Nadia : “…kan dah cakap…:wink: ”
“…..tapi Ainul Mardhiyyah lagi pretty cute! Ayu habis ! Jadi idaman seluruh tingkatan 5 lagi tu.. ngan akuuuuuu-akuuuuuuuuuu sekali!” Sedi menyambung ayatnya.
“Owh, terima kasih banyak En.Sedi for your information. Farah Nadia Abdullah… sekarang dah jelas? Terima kasihlah sebab nak menerima saya yang hina ini, tapi terimalah lagu Hi Hi Bye Bye dari saya khas untuk awak!”

Kelu terpaku sekejap Farah Nadia. Huh…rasekan! Bagi aku, jika betul orang tu suka kat aku, aku nak dia sukakan aku untuk diri aku yang sebenar. Terima seadanya aku. She likes me for me ok!
Aku berlalu sambil mengalihkan pandangan mataku pada suatu wajah yang berkaca mata, berkulit cerah bak Chinese, sejuk sekali mataku memandangnya.. Aiseh.. macam manalah aku tak pernah perasan kewujudan bidadari ini. Actually, aku pun tak sangka kawan aku jawab Ainul Mardhiyyah tadi.

Pandanganku tertumpu pada Ainul Mardhiyyah yang dari tadi lagi memerhatikan dialog antara aku dengan Farah Nadia. Silau pandangan mataku seperti terkena pancaran cahaya apabila memandang rupanya…nur kasihkah itu ?? Mende aku…tu cermin spek dia lah!!:shock:

Kami sama-sama tersenyum. Dia mengukir sebuah senyuman yang paling manis buat diriku. He He He..Thanks for everything girl!

“ Aiman, aku nak tumpang skuter kau hari ni boleh tak? Ko pasang la lagu Simple Plan ke Sheryl Crow ke!” Sedi menyibuk pulak. “Nak tumpang boleh.. tapi aku nak pasang lagu nasyid hari ni !”
Sedi : “Nasyid? Ah..I can’t believe it! Ko nak pasang lagu apa tu ?”
“ Aku nak pasang lagu Ainul Mardhiah dari UNIC! OK tak?”

“Erk… OK .... OK ?... Osman Kering?”

***The End****



Cerita paling bodoh aku pernah tulis,
Life Is Ain’t Anything Alone Can’t U See, You’re An Angel in My Eyes Everyday, You’re Closer To Me..



Posted at 02:18 pm by rusydee
JumlahKomens (12)  

Next Page